Alamat
No. 6, 6-1, Jalan PPS2, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Bt Caves, Selangor
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat: 9.00pg – 6.00ptg, Sabtu: 9.00pg – 1.00ptg
Hubungi Kami
Tel: 03-61787212,
W/app: 016-3292035
Uniform bermaksud satu set pakaian seragam standard yang dipakai oleh ahli-ahli sesebuah organisasi. Pakaian seragam mampu membezakan jenis pekerjaan seseorang. Ia bukan sahaja dapat membuat mereka yang memakai berasa bangga malahan memberi kesan ke atas orang sekeliling. Uniform Korporat biasanya menjadi baju rasmi sesebuah Syarikat, Organisasi, Kelab, Persatuan dan N G O. Kebiasaannya warna dan design yang digunakan mewakili warna rasmi sesebuah entiti.
Masyarakat secara amnya suka menilai sesuatu pekerjaan atau seseorang individu mengikut pakaian uniform yang dipakai sewaktu bekerja. Dengan cara memilih pakaian uniform yang sesuai sesebuah organisasi mampu meningkatkan professionalism dan dapat memberi keyakinan kepada pelanggan.
Branding adalah sangat penting dalam menaikkan kredibiliti syarikat. Apabila pekerja memakai pakaian uniform berserta logo rasmi syarikat anda, mereka secara tidak langsung mempromosikan syarikat anda.
Pakaian uniform yang direka dan dicetak dengan design yang menarik menjadi "walking billboards" yang dapat mempromosikan produk atau syarikat anda ke mana sahaja pekerja anda pergi.
Kajian menunjukkan pakaian seragam atau uniform mampu meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan pekerja. Jika pekerja anda bersemangat, produktiviti syarikat anda pun akan meningkat.
Pakaian uniform mampu menjimatkan wang pekerja daripada membeli pakaian baru untuk ke tempat kerja. Selain itu, mereka akan rasa dihargai oleh syarikat tempat mereka bekerja.
Kami menyediakan lebih 30 design baju uniform ready made untuk dipilih daripada pelbagai jenama terkenal seperti Oren Sport, North Harbour & MR2. Terdapat pilihan lengan pendek, lengan tiga suku untuk ladies cutting, lengan panjang dan Muslimah. Ini adalah pilihan tepat untuk anda jika anda tak nak pening berkaitan design.
Kebanyakan uniform korporat sesuai untuk dicetak melalui teknik sulam atau embroidery. Cetakan jenis ini lebih tahan lama & nampak korporat. Ada juga yang menggunakan cetakan Sublimation.
Kami amat memahami kehendak anda yang inginkan design uniform yang rare untuk syarikat anda. Kami menerima tempahan uniform custom made mengikut design yang anda sediakan. Kami juga menerima tempahan uniform korporat cutting muslimah sesuai dengan kehendak anda.
Tempoh siap cetak baju korporat bergantung pada jenis tempahan. Jika tempahan ready made biasanya mengambil masa dalam 5-7 hari bekerja. Jika tempahan custom made biasanya mengambil masa dalam 20-25 hari bekerja bergantung pada kapasiti.
Pelbagai cara kami sediakan untuk memudahkan anda membuat tempahan dan pertanyaan. Kami beroperasi secara online dan offline. Kebanyakan pelanggan lebih selesa berurusan secara online.
No. 6, 6-1, Jalan PPS2, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Bt Caves, Selangor
Isnin – Jumaat: 9.00pg – 6.00ptg, Sabtu: 9.00pg – 1.00ptg
Tel: 03-61787212,
W/app: 016-3292035
WhatsApp Kami